MentaatiMu .
Iman ada 70 cabang . Salah satunya adalah Lailaha illallah .
Kerana Dia ilah aku . Mana mungkin aku mengabidkan diri kepadanya kerana hendak meraih syurga dan tolakkan ketepi neraka itu sedangkan Dialah Al~Malik Pemilik Syurga dan Neraka . Mana mungkin aku mengabidkan diri kerana aku mahukan kemewahan apa dibumi dan dilangit sedangkan Dialah pemilik langit dan bumi .
Ke mana langig hendak aku lari membawa dosa dosa yang pasti ada di hati melainkan mengadapMu ya rabbi dengan penuh pasrah dan berlepas diri dari segala yang menyekutukanMu. Ya Rabbi , meski dunia masih menentangMu , pegang eratlah aku supaya sentiasa dalam ketaatan walau dunia selalu menodai ketaatanku padaMu wahai kasihku. Aku hamba yang berdosa datang mengadap dengan penuh kerendahan kepada Yang Maha Agung . Al-Qudus .
Kepada sahabat yang mahu bernikah dan sudah ada pasangan (couple) , duduk dan beriman sejenak . Adakah kita nak pengakhiran yang baik yang Allah sediakan atau menolak kebaikan yang Allah sediakan? Wanita . Diriku ingin memperingatkan bahawa “Engkau wanita yang sentiasa mengimpikan diri menjadi solehah ibarat syurga dunia bagi lelaki beriman.” Jagalah maruah diri agar tidak tergelincir dengan permainan syaitan. Dirimu lebih baik dari diriku . Lebih solehah.Lebih banyak ketaatan kepada Allah . Lebih cantik . Lebih bekerjaya . Jangan biarkan kecantikan dipapar untuk memudahkan lelaki melafazkan kata kata manis untuk menjadi kesukaan murah hatimu. #SelfReflection #Solehah
Semoga Allah berikan emak kekuatan untuk menjadi isteri solehah kepada suami . Ibu solehah kepada kami anak anak mak . Anak solehah kepada tok seha dan tok omar dan wanita solehah dipandangan mata Allah yang diredhaNya . Dicemburui oleh bidadari syurga yang perawan bermata jeli lagi tertawan.
Mak . Kakak ini anak mak yang susah lah yang mengaku sayang sesuatu.KAlau sayang mesti tak cakap. Tapi Rasullah saw kata kena cakap . Kakak cakap dekat instag lah. Mak kakak sayang mak. Walaupun kadang kadang mak tak faham apa kakak buat dan kakak pun susah nak cakap apa kakak buat , kakak akan sedaya upaya buat apa yang Allah suruh 66:6 . So that we can gather there in Jannah everlasting.Amin.Amin.Amin.
(Source: dailyislam, via islahnafsi)





